Liputan Silibus




KENAPA MEMILIH PROGRAM SCORE A?    
·         Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah. 
·         E-past year exam memuatkan soalan peperiksaan dari tahun 1993 sehingga terkini.
·         Pelajar akan sentiasa disajikan dengan soalan-soalan yang baru setiap masa.
·         Ibu-bapa dapat memantau perkembangan anak-anak walaupun sibuk
·         melalui sms serta buku laporan terperinci
·         Mendapat 10 ciri-ciri unik untuk anak saya dan saya sendiri.
·         Menjimatkan kos mentuisyenkan anak
·         Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme! 
Kelebihan Modul Score A Programme
 
 
1. eTopic
o   Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.
o   Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)
2. eNational Trial Exam
Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
3. eTrial Exam
o   Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.
o   Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan “tertutup” dan anak anda tidak lagi boleh menjawabnya. Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.
o   Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar mereka.
4. eAssessment
o   Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy.
o   Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya
o   .
o   Dan kalau dia sentiasa “gagal” untuk mencapai 80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut!
o   Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi pada tahap yang sama.
o   Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.
5. ePast Year Exam
o   Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
o   Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.
6. eProgress (khas untuk ibu bapa)
o   Seperti yang anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
o   Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
7. eNotes
Anak anda juga akan diberi eNotes, nama glamour untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).
8. eDictionary
Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
9. Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa
o   Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda (kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di Internet).
o   Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini masa anda tidak ada di rumah!)
o   Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya “instant”, anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).  
 
INPUT LEARNING SCORE A i-TEACHER
Satu produk penyelidikan oleh penyeledik di pusat Pengajian Pendidikan Jara       Jauh, Universiti Sains Malaysia(Ketua Penyelidik: Prof Hanafi Atan) Pembangunan produk bermula pada tahun 2006. Dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, teknologi dan  Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Univesiti Sains Malaysia.
 
  Memenangi Anugerah di International Technology Exhibition (ITEX2008) 
 

                                                               
 
Apa "Program Score-A" sebenarnya?
Program Score-A adalah TUISYEN YANG DI ONLINE KAN untuk anak-anak anda dari peringkat sekolah rendah dan menengah (UPSR, PMR & SPM). Penggunaan secara ONLINE dan memerlukan pengunaan Internet di rumah
Lihat DEMO tuisyen online ini:
Masukkan ID DEMO 82828

Tiada ulasan: